Casemiro, Ugarte kembali perkukuh United

Casemiro, Ugarte kembali perkukuh United

CASEMIRO bakal kembali bersama Manchester United dalam aksi menentang Nottingham Forest.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United menerima khabar gembira apabila dua tonggak tengah, Casemiro dan Manuel Ugarte kembali menjalani latihan menjelang aksi menentang Nottingham Forest dalam perlawanan kedua terakhir musim ini, esok.

Casemiro dan Ugarte sebelum ini terlepas aksi terakhir menentang Sunderland yang menyaksikan United sekadar seri tanpa jaringan di Stadium of Light.

United mengesahkan mereka kembali menjalani latihan bersama pasukan pada Rabu lalu, sekali gus memberi kelegaan kepada pasukan selepas isu kecederaan yang menjejaskan kestabilan bahagian tengah.

Sementara itu, di London, pengurus Arsenal, Mikel Arteta mahu pemainnya menampilkan aksi lebih meyakinkan apabila berdepan Burnley yang sudah tersingkir dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Isnin ini.

Arsenal kini berada di kedudukan teratas liga dengan kelebihan dua mata mengatasi Manchester City, namun persaingan kejuaraan masih terbuka dengan baki dua perlawanan.

“Pertama sekali, kita perlu memperoleh hak untuk memenangi perlawanan. Untuk membuat perbezaan dengan lebih banyak gol, itu lebih baik,” kata Arteta.

Dalam perkembangan lain, Arsenal turut berdepan isu kecederaan apabila pertahanan kanan, Ben White disahkan mengalami kecederaan lutut yang menamatkan musimnya lebih awal.

Seorang lagi pertahanan, Jurrien Timber masih belum pulih sepenuhnya namun Arteta berharap dia sempat cergas untuk aksi final Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain pada 30 Mei ini.

“Masih ada peluang (untuk Timber beraksi) tetapi saya tidak boleh katakan setakat mana peluang itu. Dia akan melakukan segala yang dia mampu untuk menjadikan peluang itu lebih besar dan itulah cabarannya,” kata Arteta. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN