Baucar Buku Madani perkukuh budaya ilmu pelajar

Baucar Buku Madani perkukuh budaya ilmu pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Insentif Baucar Buku Madani bernilai RM100 kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) disifatkan sebagai pelaburan strategik dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti serta memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan mahasiswa.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif itu mampu menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan membaca dan penerokaan ilmu pengetahuan dalam kalangan warga kampus.

Katanya, bantuan berkenaan bukan sekadar meringankan beban mahasiswa mendapatkan bahan bacaan, malah turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam membangunkan generasi berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.

“KPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman insentif Baucar Buku Madani bernilai RM100 untuk semua pelajar-pelajar IPT awam dan swasta.

“Keprihatinan Kerajaan Madani ini adalah satu langkah yang amat tepat dalam usaha kita menyuntik semangat dan menggalakkan mahasiswa IPT untuk terus membudayakan amalan membaca serta aktif menimba ilmu pengetahuan.

“Menerusi insentif yang diberikan ini, KPT optimis ia mampu menggalakkan mahasiswa untuk terus membudayakan amalan membaca, merancakkan wacana intelektual di kampus dan seterusnya memugar budaya keilmuan yang sentiasa dahagakan pengetahuan,” kata kenyataan itu, hari ini.

Tambahnya, kementerian juga akan memperincikan maklumat lanjut berhubung syarat kelayakan, kaedah pelaksanaan serta proses penebusan baucar tersebut dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN