Woods enggan jadi kapten Piala Ryder

Woods enggan jadi kapten Piala Ryder

TIGER WOODS - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Legenda golf dunia, Tiger Woods menolak peranan sebagai kapten Amerika Syarikat (AS) bagi Piala Ryder 2027 di tengah krisis peribadi yang menggoncang kariernya.

Keputusan itu hadir hanya beberapa hari selepas Woods ditahan atas dakwaan memandu di bawah pengaruh bahan terlarang susulan kemalangan berhampiran kediamannya di Florida.

Badan penganjur, Persatuan Golf Profesional (PGA) menyatakan sokongan penuh terhadap Woods yang memilih untuk memberi keutamaan kepada kesihatan jangka panjangnya.

“Kami memuji Woods kerana mengutamakan kesihatan jangka panjangnya dan amat menghormati keberanian beliau membuat keputusan peribadi seperti ini.

“Kami berdiri teguh menyokong beliau yang sentiasa menjadi sebahagian penting daripada keluarga Persatuan Golf Profesional (PGA) Amerika,” kata badan induk itu dalam kenyataan.

Woods sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan salah laku ringan termasuk kerosakan harta benda serta enggan menjalani ujian yang sah selepas insiden tersebut.

Dalam kenyataan berasingan, pemain berusia 50 tahun itu memaklumkan dia akan berehat daripada semua aktiviti golf buat sementara waktu bagi menjalani rawatan dan memberi fokus kepada kesihatan.

Keputusan dramatik ini, sekali gus menutup peluang Woods mengetuai AS dalam usaha menamatkan kemarau panjang di bumi Eropah sejak kali terakhir menjulang trofi pada 1993. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN