LONDON: Britain menjadi tuan rumah rundingan ketenteraan dua hari bermula Rabu melibatkan 30 negara bagi memperincikan misi diterajui bersama United Kingdom (UK)-Perancis dalam melindungi laluan perkapalan di Selat Hormuz. Kementerian Pertahanan Britain dalam satu kenyataan memaklumkan mesyuarat tersebut bertujuan untuk memperincikan perancangan bagi pembukaan semula selat strategik itu apabila keadaan mengizinkan, susulan kemajuan yang dicapai dalam rundingan di Paris minggu lalu. “Tugas hari ini dan esok adalah untuk menterjemahkan konsensus…










