WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Jumaat berikrar untuk memastikan Selat Hormuz dibuka dengan atau tanpa kerjasama Iran, sambil menegaskan keutamaan utama rundingan damai adalah memastikan Teheran tidak memiliki senjata nuklear. Trump turut menghantar Naib Presiden, JD Vance, ke Pakistan bagi bertemu pegawai tertinggi Iran dalam usaha mencapai perjanjian damai susulan gencatan senjata selama dua minggu yang dipersetujui pada Selasa. “Kita akan membuka Teluk itu dengan atau tanpa…










