GAZA: Sayap bersenjata Hamas menolak desakan supaya kumpulan itu melucutkan senjata, sambil menyifatkan tuntutan berkenaan sebagai cubaan untuk Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Jurucakap Briged Al Qassam, Abu Obeida berkata, sebarang perbincangan mengenai pelucutan senjata sebelum Israel melaksanakan sepenuhnya fasa pertama gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) adalah tidak boleh diterima. Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Ahad, beliau menegaskan isu senjata tidak wajar dibangkitkan secara…









