Sukan SEA 2027 guna kod WADA

Sukan SEA 2027 guna kod WADA

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ketika Mesyuarat Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) Kali Pertama (2025–2027) yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini. -IHSAN MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bakal menjadi tuan rumah pertama Sukan SEA yang menguatkuasakan Kod Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) pada tahun depan.

Langkah itu dilihat sebagai titik perubahan penting dalam usaha memastikan temasya sukan serantau itu berlangsung dalam persekitaran yang bersih, telus dan berintegriti tinggi.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pendekatan tersebut akan memastikan Sukan SEA 2027 mematuhi sepenuhnya piawaian WADA.

“Malaysia mempunyai sejarah panjang sebagai perintis perubahan struktur dalam sukan serantau dan langkah terbaharu ini, jika diterima pakai, akan mengikut legasi 1977 apabila kita menukar Sukan SEAP kepada Sukan SEA.

“Pada 2017, kita mencipta kelainan dengan memperkenalkan tiga sukan musim sejuk dan dengan menjadi penandatangan WADA, SEAGF akan mengukuhkan komitmen terhadap sukan bersih serta kecemerlangan peringkat elit,” katanya selepas Mesyuarat Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) Kali Pertama (2025–2027) yang berlangsung di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan semua Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) diberi tempoh sehingga 8 Mei ini untuk mengemukakan rayuan bagi memasukkan sukan tambahan ke dalam temasya tersebut.

Katanya, setiap permohonan akan dinilai bersama Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum dibawa ke mesyuarat seterusnya.

“Selepas menerima rayuan, kita akan berbincang dengan MASOC dan MSN untuk menentukan sama ada ia wajar dipertimbangkan sebelum dibawa ke mesyuarat majlis akan datang,” katanya.

Sukan SEA 2027 yang menampilkan 38 sukan akan berlangsung di Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur dengan Sarawak sebagai kluster utama serta tuan rumah upacara pembukaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN