PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor mempererat hubungan kerjasama dengan polis Selangor menerusi penganjuran Perlawanan Persahabatan Pickleball yang berlangsung kelmarin. Pengarah SPRM Negeri Selangor, Mohd. Azwan Ramli berkata, program berkenaan merupakan inisiatif untuk memperkukuh jaringan strategik antara agensi penguatkuasaan dalam menyokong agenda integriti negara. Menurutnya, program ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan semangat kerja dalam kalangan warga agensi. “Perlawanan yang berlangsung dalam suasana kondusif, harmoni serta kompetitif ini telah…










