Sinner rampas takhta No. 1 dunia

Sinner rampas takhta No. 1 dunia

JANNIK Sinner-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTE CARLO: Jannik Sinner menyertai Novak Djokovic dan Rafael Nadal untuk muncul pemain ketiga yang memenangi empat gelaran ATP 1000 berturut-turut selepas muncul juara Masters Monte Carlo, kelmarin.

Sinner menundukkan Carlos Alcaraz 7-6 (7/5), 6-3 dan kejayaan itu membolehkan dia merampas semula kedudukan No. 1 dunia selepas melengkapkan ‘Sunshine Double’ bulan lalu dengan kemenangan di Indian Wells dan Miami.

“Kami datang ke sini untuk mendapatkan sebanyak mungkin perlawanan, mendapatkan maklum balas yang baik sebelum kejohanan besar akan datang. Hari ini (kelmarin) tahap permainan kami berdua sangat tinggi.

“Keadaannya agak berangin, sedikit berbeza daripada keadaan biasa kejohanan. Keputusan ini sangat menakjubkan.

“Kembali ke No.1 sangat bermakna bagi saya, saya sangat gembira dapat memenangi gelaran besar di permukaan ini, sebelum ini saya belum pernah melakukannya,” kata Sinner.

Itu merupakan pertemuan pertama antara Sinner dan Alcaraz sejak pemain Itali itu menang di ATP Finals pada November lalu.

Dalam pada itu, Alcaraz mengakui dia menerima tentangan sengit daripada Sinner yang bermain lebih baik pada saat-saat penting.

“Saya rasa pada detik-detik penting, mata penting, saya tidak bermain dengan baik. Saya ada banyak peluang dalam perlawanan ini tetapi tidak memanfaatkannya.

“Ia sangat mengagumkan apa yang anda capai sekarang. Hanya seorang pemain pernah memenangi ‘Sunshine Double’ dan Monte Carlo dan anda adalah yang kedua,” kata Alcaraz. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN