Sheikh Farouk letak jawatan CEO Terengganu FC

Sheikh Farouk letak jawatan CEO Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terengganu FC mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO), Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai, telah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta bagi membuka ruang kepada peluang kerjaya baharu di luar kelab.

Dalam kenyataan rasmi, kelab Pantai Timur itu menzahirkan penghargaan atas jasa, komitmen dan dedikasi beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, meskipun hanya kira-kira lapan bulan menerajui pengurusan.

Menurut Terengganu FC, sepanjang tempoh tersebut, Sheikh Farouk memainkan peranan penting dalam memperkukuh struktur pengurusan serta menyumbang kepada pembangunan kelab sama ada dari dalam mahupun luar padang.

“Pihak kelab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan beliau dan mendoakan kejayaan berterusan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam ucapan perpisahan, Sheikh Farouk turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kerja Terengganu FC atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang beliau bersama kelab tersebut.

“Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Terengganu FC atas sokongan sepanjang saya bersama kelab ini. Saya mendoakan kejayaan berterusan buat TFC, Loyalty Never Fades!” katanya.

Kelab itu turut mendoakan agar bekas CEO berkenaan terus sukses dalam perjalanan kerjaya baharu, selain pengalaman bersama Terengganu FC menjadi bekalan berharga untuk masa depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN