Sebar berita palsu dosa jariah – Zulkifli

Sebar berita palsu dosa jariah – Zulkifli

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan menyebarkan berita palsu disifatkan sebagai satu bentuk dosa jariah yang boleh menjerumuskan individu kepada dosa berterusan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, kebanyakan penyebar sebenarnya mengetahui satu-satu maklumat itu tidak benar, namun tetap menyebarkannya sehingga mencetuskan cacian dan makian tanpa batas.

Menurut beliau, lebih membimbangkan apabila terdapat juga golongan agamawan yang terlibat dalam perbuatan tersebut.

“Pada hari ini, saya menerima beberapa tangkap layar yang mendakwa kononnya kerajaan menghantar 329,000 tong diesel ke Filipina.

“Ada juga pihak yang licik menyebarkan berita palsu ini dengan meletakkan tanda soal, kononnya bertanya, tetapi sebenarnya bertujuan mengelirukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi firman Allah dalam Surah Al-Hujurat yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai agar sentiasa melakukan tabayyun serta menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya.

“Marilah kita meningkatkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang sia-sia.

“Sebarkan berita sahih sebagai amal jariah, dan jauhi penyebaran berita palsu yang membawa dosa jariah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN