PETALING JAYA: Pemain No. 1 dunia, Aryna Sabalenka menarik diri daripada Terbuka Stuttgart selepas berdepan kecederaan selepas kejayaannya di Terbuka Miami pada Mac lalu.
Sabalenka, 27, memiliki rekod cemerlang tetapi penuh kekecewaan di Stuttgart apabila empat kali mara ke final dalam tempoh lima tahun namun gagal menjulang gelaran.
Sepanjang tempoh itu, beliau tewas kepada Ash Barty pada 2021 sebelum tunduk kepada Iga Swiatek pada edisi 2022 dan 2023 serta dikecewakan Jelena Ostapenko pada final 2025.
Menurut Sabalenka, kecederaan yang dialaminya selepas kempen di Miami menyebabkan dia tidak sempat pulih sepenuhnya untuk memulakan saingan musim gelanggang tanah liat.
“Malangnya, saya mengalami kecederaan selepas Miami dan walaupun saya telah mencuba segala cara untuk pulih tepat pada masanya, saya masih belum bersedia untuk bertanding.
“Saya sentiasa suka kembali ke Stuttgart kerana suasananya, penyokong dan sokongan yang saya rasai di sana sangat istimewa, dan sudah tentu saya benar-benar berharap untuk mendapat satu lagi peluang,” kata Sabalenka.
Sabalenka sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila menewaskan Coco Gauff 6-2, 4-6, 6-3 di final Terbuka Miami untuk melengkapkan ‘Sunshine Double’ selepas turut menjuarai Terbuka Indian Wells. – AGENSI










