Red Bull yakin Verstappen kekal hingga 2027

Red Bull yakin Verstappen kekal hingga 2027

MAX Verstappen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Prinsipal Red Bull, Laurent Mekies menegaskan pasukannya tidak bimbang mengenai masa depan Max Verstappen, sebaliknya memberi tumpuan penuh untuk menghasilkan jentera kompetitif bagi menghadapi musim akan datang.

Menurutnya, prestasi kereta menjadi faktor utama dalam memastikan juara dunia itu terus kekal bersama pasukan yang berpangkalan di Milton Keynes.

“Kami tidak memikirkan tentang pasaran pemandu untuk 2027 ketika ini. Fokus utama kami adalah untuk mendapatkan kereta yang pantas.

“Jika kami berjaya menghasilkan kereta yang kompetitif, maka tiada isu mengenai apa yang akan dilakukan Max pada masa depan,” katanya.

Sebelum ini, Verstappen dilaporkan menjadi antara pelumba paling lantang mengkritik peraturan baharu Formula Satu (F1) yang disifatkannya sebagai kurang menyeronokkan dan tidak menggalakkan perlumbaan sebenar.

Pelumba Belanda itu juga memberi bayangan kemungkinan untuk meninggalkan sukan berprestij tersebut sekiranya aspek keseronokan terus terjejas.

Bagaimanapun, Mekies menolak dakwaan bahawa isu persaraan Verstappen sedang menjadi perbincangan dalam pasukan.

Sebaliknya, beliau percaya pihak penganjur mempunyai keupayaan untuk menambah baik peraturan demi memastikan perlumbaan kekal kompetitif dan menarik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN