PETALING JAYA: Kerajaan dicadangkan untuk meneliti pelaksanaan semula moratorium pinjaman bank secara bersasar bagi membantu meringankan tekanan kewangan rakyat. Timbalan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Fikri Aziz berkata, cadangan itu dibuat susulan keadaan ekonomi semasa yang dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik global sekali gus memberi kesan kepada aliran tunai isi rumah. Katanya, ramai rakyat kini berdepan kesukaran mengurus perbelanjaan harian serta komitmen kewangan sedia ada. “Moratorium ini bukan penghapusan hutang, sebaliknya penangguhan bayaran…










