WASHINGTON: Lebih 20 peguam negara daripada Parti Demokrat memfailkan saman pada Jumaat, bagi mencabar perintah eksekutif Presiden Donald Trump yang menyekat kelayakan pengundian melalui pos. Dalam perintah yang dikeluarkan pada Selasa lalu, Trump mengarahkan Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (USPS) supaya tidak menghantar kertas undi pos atau undi tidak hadir kepada individu yang tidak tersenarai dalam pangkalan data rasmi warganegara yang layak. Trump turut menugaskan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) untuk…










