Kumar pimpin Speedy Tigress

Kumar pimpin Speedy Tigress

CR Kumar (tiga dari kiri) ketika sidang akhbar Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) melakukan penstrukturan semula terhadap barisan kejurulatihan skuad hoki wanita kebangsaan apabila melantik CR Kumar sebagai ketua jurulatih dengan kontrak dua tahun.

 

Jawatan yang sebelum ini disandang oleh Nasihin Nubli Ibrahim menyaksikan pengendali berusia 50 tahun itu diberi peranan sebagai ketua jurulatih skuad hoki remaja wanita kebangsaan.

 

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, perubahan struktur kejurulatihan itu dilakukan bagi memperkukuhkan prestasi kedua-dua pasukan tersebut di peringkat antarabangsa.

 

“Apa yang kami fikirkan, skuad hoki wanita negara masih belum berada di tempat seperti yang kami mahukan sebab kami mahu mereka berada sekurang-kurang empat terbaik di Asia,” katanya.

 

Tambah Subahan, walaupun Nasihin sudah diberi peranan berbeza namun dia dan Kumar tetap akan bekerjasama bagi membentuk pasukan yang ampuh.

 

“Nasihin telah melakukan sedaya yang mungkin dengan kapasiti yang dia ada. Apa yang kami fikirkan, dia perlukan sokongan daripada seseorang yang lebih berpengalaman.

 

Sebagai rekod, Kumar pernah membimbing skuad wanita negara dari 2002 hingga 2006 dan dia memiliki pencapaian memberangsangkan apabila membantu skuad remaja lelaki India muncul juara Piala Sultan Johor edisi 2023 dan Piala Remaja Asia 2023 selain menamatkan saingan di tempat keempat Piala Dunia Remaja 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN