BAITULMUQADDIS: Israel memaklumkan sedang bersiap sedia untuk membuka semula Masjid Al-Aqsa dan Gereja Makam Suci di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki bermula pagi Khamis, selepas ditutup sejak 28 Februari. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, polis Israel berkata, mereka sedang membuat persiapan untuk membuka semula tapak suci itu kepada jemaah dan pelawat bermula pagi Khamis, susulan garis panduan terkini daripada Komando Barisan Dalam Negeri. Polis berkata, ratusan anggota dan pengawal sempadan…










