ISLAMABAD: Usaha memeterai gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilaporkan menemukan jalan buntu selepas Teheran menolak syarat yang dikemukakan Washington serta enggan menghadiri rundingan dicadangkan di Islamabad. Menurut laporan Wall Street Journal yang memetik pihak pengantara, Iran menyifatkan tuntutan AS sebagai ‘tidak boleh diterima’, sekali gus menghentikan proses diplomatik yang sebelum ini diterajui Pakistan. Walaupun rundingan terhenti, beberapa negara serantau termasuk Turkiye dan Mesir masih meneruskan usaha untuk…










