WASHINGTON: Harga minyak global melonjak melepasi AS$110 (RM443.70) setong susulan ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk menyerang infrastruktur kritikal Iran sekiranya negara itu tidak membenarkan kapal melalui Selat Hormuz. Pada pagi Isnin di Asia, Brent meningkat 1.6 peratus kepada AS$110.85 (RM447.10), manakala minyak yang diniagakan di pasaran AS naik 0.8 peratus kepada AS$112.40 (RM453.35). Dalam hantaran media sosial pada Ahad, Trump menegaskan AS akan menyerang loji kuasa dan…










