KULAI: Projek penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya baharu di seluruh negara dijangka akan mengalami kelewatan susulan kenaikan harga diesel global yang memberi kesan besar kepada projek-projek berkaitan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, kebanyakan kenderaan dan mesin yang digunakan bagi pelaksanaan projek itu menggunakan bahan bakar berkenaan. “Memang berlaku kenaikan kos pembinaan, khususnya bagi sektor seperti pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya yang banyak menggunakan jentera bahan…










