Hamilton uji kekuatan dalam hujan

Hamilton uji kekuatan dalam hujan

Lewis Hamilton menguji jentera Ferrari SF-26 di litar Fiorano, Modenese, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FIORENO: Lewis Hamilton kembali menggegarkan litar apabila memulakan ujian penting bersama Ferrari dalam sesi khas pembangunan tayar hujan Formula Satu (F1), semalam.

Juara dunia tujuh kali itu turun menguji jentera SF-26 selama dua hari di Litar Fiorano sebagai sebahagian program teknikal bersama Pirelli.

Pirelli menerusi kenyataan berkata, ujian tersebut memberi fokus kepada pembangunan tayar hujan bagi musim 2027 dengan keadaan litar sengaja dibasahkan bagi mensimulasikan perlumbaan sebenar dalam kondisi mencabar.

“Hari pertama ujian tayar hujan ini berjalan lancar dengan Hamilton melengkapkan 142 pusingan melibatkan pelbagai konfigurasi tayar basah sepenuhnya.

“Program kemudian diteruskan dengan beberapa ujian tayar Intermediate bagi melengkapkan data dalam keadaan litar basah yang konsisten,” kata Pirelli dalam kenyataan.

Hamilton mencatat masa terpantas 1 minit 01.031 saat (s) sepanjang ujian tersebut sekali gus berlumba lebih 423 kilometer (km) data penting buat Ferrari dan Pirelli.

“Litar dibasahkan menggunakan sistem pengairan bagi memastikan keadaan basah yang sekata dengan suhu sekitar 21 darjah Celsius sepanjang ujian.

“Masa terpantas dicatatkan adalah 1:01.031s dan Hamilton akan kembali menyambung program ujian bagi memperkukuh pembangunan tayar,” tambah kenyataan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN