Filipina gantung lebih banyak penerbangan ke Asia Barat - Utusan Malaysia

Filipina gantung lebih banyak penerbangan ke Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Syarikat penerbangan Filipina menggantung lebih banyak penerbangan ke Asia Barat susulan peningkatan risiko keselamatan akibat konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Menerusi hantaran di laman Facebook, syarikat tambang rendah Cebu Air mengumumkan pembatalan semua penerbangan ke dan dari Dubai sehingga 30 April, sambil memaklumkan pelarasan jadual selanjutnya mungkin berlaku.

Syarikat penerbangan utama, Philipine Airlines, dalam kenyataan sama berkata penggantungan sementara penerbangannya ke Dubai dan Doha akan dilaksanakan sehingga 31 Mei.

Sementara itu, penerbangan ke Riyadh akan dihentikan sehingga 9 April, dengan alasan potensi risiko kepada infrastruktur kritikal dan keselamatan keseluruhan ruang udara.

Ramai penumpang di laluan itu merupakan warga Filipina yang bekerja di Asia Barat dan bergantung kepada penerbangan tersebut untuk bergerak antara tempat kerja dan negara asal mereka.

Perang yang berlangsung selama enam minggu antara AS dan Iran mengorbankan ribuan nyawa dan mencetuskan krisis tenaga global.

Semalam, kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata dua minggu.- BLOOMBERG

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN