Ducati terima amaran awal

Ducati terima amaran awal

DALL’IGNA enggan mencari alasan di sebalik kegagalan tersebut meskipun beberapa insiden dan penalti memberi kesan kepada prestasi pasukan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN: Pengurus Ducati, Gigi Dall’Igna menyifatkan prestasi pasukannya pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, minggu lalu sebagai satu peringatan selepas gagal meletakkan sebarang pelumba di podium.

Situasi itu nyata mengejutkan memandangkan Ducati sebelum ini mencipta rekod 88 perlumbaan berturut-turut dengan sekurang-kurangnya seorang pelumba menaiki podium, bermula dari Aragon 2021 hingga Valencia 2025.

Dall’Igna berkata, dia enggan mencari alasan di sebalik kegagalan tersebut meskipun beberapa insiden dan penalti memberi kesan kepada prestasi pasukan.

“GP ini mencerminkan nilai sebenar di atas litar, satu perlumbaan yang hambar dalam hujung minggu dengan keputusan bercampur bagi kami dan ia perlu ditafsir dengan penuh teliti,” katanya.

Juara dunia, Marc Marquez berdepan permulaan sukar selepas terlibat dalam kemalangan pada sesi latihan bebas pertama sebelum sekali lagi diuji apabila dikenakan penalti long lap susulan insiden dalam perlumbaan pecut.

“Marc tidak berada pada tahap terbaik berikutan kemalangan tersebut dan masih mencari keserasian dengan jentera. Kami perlu melakukan penyesuaian bagi mengembalikan prestasi sebenarnya,” kata Dall’Igna.

Francesco Bagnaia yang hampir memenangi perlumbaan pecut gagal mengekalkan momentum apabila hanya menamatkan GP di tempat ke-10 selepas mengalami penurunan prestasi mendadak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN