PETALING JAYA: StarCruises mengumumkan kepulangan Chef selebriti tersohor Malaysia dan antarabangsa, Datuk Chef Wan, ke atas kapal persiaran Star Voyager selepas sambutan luar biasa daripada para tetamu sebelum ini.
Beliau akan kembali berlayar di atas Star Voyager untuk pelayaran istimewa 4 Hari / 3 Malam dari Pelabuhan Klang ke Phuket dan Pulau Pinang (22–25 Mei 2026), bersempena musim cuti sekolah — menjadikannya pilihan percutian keluarga yang penuh keseronokan di laut.
Bekerjasama dengan kumpulan restoran terkenal Malaysia, De.Wan 1958, pelayaran ini menjanjikan pengalaman percutian yang meriah dengan gabungan makanan, hiburan dan aktiviti mesra keluarga.
“Selepas sambutan yang amat menggalakkan sebelum ini, kami sangat teruja untuk menyambut kembali Datuk Chef Wan di atas kapal persiaran Star Voyager,” kata Michael Goh, Presiden StarDream Cruises.
Katanya, kKehadiran beliau semasa cuti sekolah menjadikan pelayaran ini lebih istimewa untuk keluarga yang ingin menikmati percutian yang menyeronokkan dan bermakna bersama.
Pengalaman Kulinari Istimewa di Laut Para tetamu boleh menantikan demonstrasi memasak secara langsung oleh Datuk Chef Wan yang akan mempersembahkan hidangan istimewa beliau dengan gaya dan personaliti yang menghiburkan.
Antara tarikan utama pelayaran ini ialah peluang untuk menikmati menu khas ciptaan Chef Wan di restoran The Lido pada malam terakhir pelayaran, yang turut termasuk dalam pakej pelayaran. Hidangan ini menampilkan sajian kegemaran Malaysia serta hidangan Istimewa beliau — eksklusif hanya untuk pelayaran ini.










