Bantuan segera disalur kepada mangsa kebakaran di Sandakan

Bantuan segera disalur kepada mangsa kebakaran di Sandakan

PASUKAN dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dan Kinabatangan sewaktu menjalankan operasi pemadaman kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan Sabah. - IHSAN JBPM SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedang menggerakkan pelbagai agensi berkaitan bagi menghulurkan bantuan kepada lebih 400 mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, di sini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keutamaan ketika ini adalah menjamin keselamatan dan menyediakan keperluan asas kepada semua mangsa yang terjejas.

Beliau berkata, insiden kebakaran yang membabitkan ratusan rumah itu amat mendukacitakan dan memerlukan tindakan segera penyelarasan menyeluruh daripada semua pihak berkaitan.

“Kerajaan Negeri sedang menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan mangsa sentiasa terjamin, di samping menyediakan bantuan segera supaya mereka berada dalam keadaan selamat dan selesa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 200 rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pukul 1.30 pagi tadi, di perkampungan atas air terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu mengarahkan seramai 35 anggota bomba termasuk dari BBP Sandakan serta Kinabatangan dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN