Venezuela isytihar cuti seminggu akibat cuaca panas

Venezuela isytihar cuti seminggu akibat cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Presiden sementara Venezuela, Delcy Rodriguez, mengumumkan cuti selama seminggu untuk pekerja sektor awam susulan cuaca panas yang memburukkan lagi kekurangan tenaga di negara itu.

Negara Amerika Selatan itu kerap melaksanakan catuan elektrik, selain memendekkan waktu bekerja dan menangguhkan sesi persekolahan bagi menjimatkan tenaga sepanjang Paskah.

“Sepanjang Minggu Suci ini, saya ingin mengumumkan saya telah mengisytiharkan cuti pada Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat untuk seluruh sektor pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, kementerian juga perlu bercuti sebagai sebahagian daripada pelan penjimatan tenaga elektrik, sambil memaklumkan Venezuela berdepan 45 hari suhu tinggi.

Perkhidmatan penting bagaimanapun tidak akan terjejas.

Rodriguez mengetuai Venezuela selepas Presiden Nicolas Maduro ditahan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) pada 3 Januari lalu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN