PETALING JAYA: Pelumba muda negara, Sawda Hasbullah menghadiahkan pingat emas Malaysia dalam acara ujian masa (time trial) Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Filipina, selepas mempamerkan kayuhan bertenaga dan konsisten dari awal hingga akhir saingan.
Sawda menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 1:09.604, sekali gus menewaskan pencabar terdekat dari Korea Selatan, Lee Hyunji yang meraih perak dengan catatan 1:10.640, ketinggalan 1.036 saat.
Pingat gangsa menjadi milik pelumba India, S Thabitha dengan masa 1:12.613, manakala pelumba Taiwan, Chen Ying Hsien sekadar berpuas hati di tempat keempat.
Saingan menyaksikan Sawda tampil lebih dominan pada fasa akhir apabila mencatat pecutan konsisten yang memastikan kedudukannya kekal di tangga teratas sehingga garisan penamat.-UTUSAN









