PETALING JAYA: Kenyataan senator Filipina yang menggesa agar tuntutan ke atas Sabah dihidupkan semula disifatkan sebagai provokasi tidak bertanggungjawab serta berpotensi menggugat kestabilan serantau. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, Sabah merupakan wilayah sah Malaysia yang tidak boleh dipertikaikan, malah kedudukannya telah dimuktamadkan melalui proses sejarah serta pengiktirafan antarabangsa. Menurutnya, sebarang cubaan untuk mempersoalkan kedaulatan Sabah adalah tidak boleh diterima dan perlu ditolak sepenuhnya oleh semua pihak. “Usaha menghidupkan semula…











