PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang sedia ada bagi menangani isu berkaitan 3R (agama, kaum dan institusi diraja) dengan lebih baik pada masa hadapan. Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ini termasuk mempertimbangkan pindaan atau penggubalan peruntukan baharu berkaitan isu berkenaan. Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas beberapa isu berkait isu 3R seperti yang dilaporkan dalam media dibangkitkan dalam mesyuarat itu. “Jemaah Menteri telah…










