PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO bakal menganjurkan Rundingan Meja Bulat Nasional 2.0 (Rimbun 2.0) dalam masa terdekat bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak yang dipengaruhi faktor global. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, peningkatan harga minyak bukan semata-mata berpunca daripada keputusan kerajaan, sebaliknya banyak dipengaruhi oleh perubahan harga di pasaran dunia. Menurut beliau, isu berkenaan perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak termasuk kerajaan dan pembangkang demi…











