PETALING JAYA: Pas mencadangkan supaya peruntukan untuk ahli Parlimen kerajaan berjumlah RM3.5 juta setahun dimansuhkan sebagai langkah penjimatan untuk negara susulan konflik di Asia Barat. Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, peruntukan itu perlu dimansuhkan segera kerana jumlahnya yang besar dan lebih memberi kesan kepada perbelanjaan negara berbanding elaun petrol yang berjumlah RM1,500. Kata beliau, elaun petrol hanya melibatkan ahli Parlimen biasa dan ahli Kabinet tidak terlibat dalam pemberian insentif…











