Mercedes dominasi sesi kelayakan GP Australia

Mercedes dominasi sesi kelayakan GP Australia

DUA pelumba Mercedes, George Russell (kiri) dan Kimi Antonelli mendominasi sesi kelayakan di Grand Prix Australia, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Mercedes mendominasi sesi kelayakan Grand Prix (GP) Australia apabila George Russell dan Kimi Antonelli masing-masing meraih petak pertama dan kedua, hari ini.

Russell mencatat masa terpantas mengatasi Antonelli dengan kelebihan 0.363 saat (s) dan 0.785s lebih pantas berbanding pelumba Red Bull, Isack Hadjar di tempat ketiga.

Sesi kelayakan turut menyaksikan drama apabila juara dunia empat kali, Max Verstappen terlibat dalam kemalangan pada pusingan pertamanya.

Sementara itu, pelumba Ferrari, Charles Leclerc mencatat masa keempat terpantas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN