Korea Selatan bantah AS alih aset tentera ke Asia Barat

Korea Selatan bantah AS alih aset tentera ke Asia Barat

GAMBAR diambil pada 8 Mac menunjukkan pelancar sistem peluru berpandu Patriot dikerahkan di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pyeongtaek.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan membantah rancangan Amerika Syarikat (AS) memindahkan aset pertahanan udaranya dari wilayah negara itu ke Asia Barat, tetapi tidak berada dalam kedudukan untuk menghalang langkah tersebut.

Dengan pertempuran antara AS-Israel dengan Iran memasuki minggu kedua, beberapa laporan media mendakwa sistem pertahanan udara yang digunakan oleh negara-negara Teluk semakin lemah dari segi peluru pemintas.

Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, mengesahkan AS merancang untuk menarik balik sistem pertahanan udara dari negaranya bagi menyokong operasi ketenteraan di Iran.

“Kami menentang penarikan sebahagian senjata pertahanan udara AS yang digunakan untuk keperluan ketenteraan negara kami, tetapi realitinya kami tidak dapat menghalang sepenuhnya keputusan itu,” katanya dalam mesyuarat Kabinet kelmarin.

Korea Selatan menempatkan kehadiran ketenteraan AS yang besar sebagai sebahagian daripada pakatan keselamatan selama beberapa dekad yang bertujuan menghalang ancaman dari Korea Utara.

Kira-kira 28,000 anggota tentera AS ditempatkan di negara itu bersama sistem pertahanan udara canggih, termasuk peluru pemintas Patriot.

Korea Selatan bukanlah negara pertama yang perlu diambil sumber pertahanan oleh AS sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran.

Sebuah lagi sekutu AS, Jepun, yang menempatkan pangkalan tentera utamanya, turut mengerahkan semula dua kapal pemusnah peluru berpandu ke Laut Arab untuk menyokong operasi menentang republik Islam itu.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN