KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) memutuskan supaya seorang Ahli Parlimen daripada Pas untuk mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang bagi menggantikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, nama pengganti jawatan Ketua Pembangkang itu akan diumumkan sebelum akhir bulan Mac ini. Katanya, sehingga nama pengganti itu diumumkan, Hamzah kekal dengan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang. “Namanya akan diumumkan setelah beberapa proses dalaman parti…










