Israel larang rakyat Palestin solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa

Israel larang rakyat Palestin solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa

PENDUDUK Palestin menunaikan solat Jumaat di kawasan jalan jauh dari kompleks Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis Timur.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pihak berkuasa Israel melarang rakyat Palestin menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di wilayah diduduki itu, atas alasan sekatan keselamatan susulan konflik dengan Iran, lapor Anadolu.

Rakyat Palestin menggesa umat Islam berkumpul berhampiran Old City pada Jumaat bagi menunaikan solat sedekat mungkin dengan Masjid Al-Aqsa sempena berakhirnya Ramadan.

Sebelum ini, polis Israel dilaporkan menggunakan belantan, bom bunyi dan gas pemedih mata terhadap jemaah Palestin yang menunaikan solat di luar tembok Old City sebagai tanda bantahan terhadap sekatan sepanjang Ramadan.

Suasana di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki dilaporkan suram menjelang perayaan.

Old City, yang lazimnya dipenuhi pengunjung menjelang Aidilfitri, kini lengang dan sepi.

Israel turut mengehadkan akses dengan melaksanakan larangan perhimpunan, selain menghalang peniaga Palestin daripada membuka premis mereka.

Hanya farmasi dan kedai makanan keperluan asas dibenarkan beroperasi.

Beberapa peniaga Palestin yang enggan dikenali kerana bimbang tindakan balas pihak berkuasa berkata, sekatan berkenaan menjejaskan pendapatan mereka dan menyebabkan tekanan ekonomi yang ketara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN