Iran rancang kenakan tol di Selat Hormuz

Iran rancang kenakan tol di Selat Hormuz

GAMBAR fail menunjukkan beberapa bot bergerak di sekitar kapal tangki semasa latihan ketenteraan oleh Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) di Selat Hormuz.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Parlimen Iran sedang merangka draf undang-undang untuk mengenakan bayaran sebagai pertukaran bagi menyediakan keselamatan kepada kapal yang melalui Selat Hormuz.

Rancangan itu dijangka dimuktamadkan minggu depan, lapor agensi berita Fars dengan memetik seorang ahli Parlimen yang tidak dinamakan.

“Kami sedang mengusahakan cadangan di mana kedaulatan, kawalan dan pengawasan Iran di Selat Hormuz diiktiraf secara rasmi dalam undang-undang, dan melalui kutipan tol, sumber pendapatan juga dapat diwujudkan untuk negara,” kata ahli Parlimen itu seperti dipetik Fars.

Langkah Iran untuk memformalkan yuran transit di Selat Hormuz dibuat ketika perang di Asia Barat menghampiri penghujung minggu keempat.

Laluan air yang mengendalikan kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia itu kini hampir ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas kapal tangki, dengan hanya sejumlah kecil kapal, kebanyakan berkaitan China dan Iran, dibenarkan melaluinya.

Gangguan di Selat Hormuz menyebabkan pengeluaran minyak di Teluk Parsi terpaksa dihentikan, sementara kilang penapisan di kawasan itu turut mengalami kerosakan akibat perang.

Harga minyak melonjak susulan perkembangan itu, dengan penanda aras global Brent melepasi AS$114 (RM454.38) setong awal minggu ini, manakala pentadbiran Donald Trump turut menilai kemungkinan kesan ekonomi sekiranya harga meningkat hingga AS$200 (RM797.12) setong.- BLOOMBERG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN