Harga minyak jatuh selepas Trump kemuka pelan damai

Harga minyak jatuh selepas Trump kemuka pelan damai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Minyak mentah Brent, penanda aras pasaran global, jatuh hampir enam peratus pada Rabu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengemukakan pelan damai kepada Iran.

Harga setong minyak Brent susut 5.92 peratus kepada AS$98.30 (RM388.67). Sementara itu, penanda aras minyak AS, West Texas Intermediate (WTI), turut 5.01 peratus kepada AS$87.72 (RM346.82).

Di pasaran Asia, indeks Nikkei Jepun dan Kospi Korea Selatan masing-masing meningkat lebih tiga peratus.

Trump mengemukakan pelan damai kepada Iran sambil menyuarakan keyakinan semalam untuk menamatkan konflik yang berlarutan hampir sebulan, dengan Teheran mengumumkan ia akan membenarkan kapal minyak ‘bukan musuh’ melalui Selat Hormuz.

Petanda awal penyelesaian politik itu muncul meskipun keganasan baharu berlaku, apabila peluru berpandu Iran menyebabkan kecederaan di Israel, yang kemudian bertindak di beberapa medan dan berikrar untuk menguasai kawasan di selatan Lubnan.

Kejatuhan harga minyak pada Rabu berlaku selepas harga melonjak sehari sebelumnya, dengan pedagang menjadi lebih berhati-hati terhadap prospek perjanjian rundingan untuk menamatkan perang.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN