GAZA: Hamas menggesa Iran supaya tidak mensasarkan negara jiran, sambil menegaskan hak Teheran untuk mempertahankan diri daripada serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS).
Dalam kenyataan pada Sabtu, Hamas berkata, walaupun Iran berhak bertindak balas mengikut norma dan undang-undang antarabangsa, Iran digesa mengelak daripada menyerang negara jiran.
Hamas, yang pernah terlibat dalam perang dua tahun memusnahkan Gaza menentang Israel, turut menyeru komuniti antarabangsa berusaha segera menghentikan konflik yang sedang berlangsung.
Sebelum ini, kumpulan itu mengecam pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei, pada hari pertama perang sebagai jenayah keji, sambil mengiktiraf sokongan beliau terhadap perjuangan Palestin.
“Beliau memberikan segala bentuk sokongan politik, diplomatik dan ketenteraan kepada rakyat, perjuangan dan penentangan kami,” kata Hamas sejurus selepas insiden tersebut.- AFP










