OSLO: Tiga beradik dan ibu mereka ditahan reman sehingga empat minggu oleh pihak polis atas dakwaan terlibat dalam pengeboman Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Oslo minggu lalu, menurut mahkamah Norway semalam.
Kedutaan AS mengalami letupan pada 8 Mac, dan polis kemudiannya menahan suspek, menuduh mereka melakukan ‘pengeboman keganasan’ yang bertujuan membunuh atau menyebabkan kerosakan besar.
Pihak berkuasa Norway berkata, letupan awal pagi itu, yang menggunakan alat letupan improvisasi (IED), merosakkan pintu masuk bahagian konsular kedutaan tetapi tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
Salah seorang lelaki itu telah mengaku meletakkan alat letupan berkenaan, manakala tiga lagi suspek menafikan sebarang penglibatan, menurut peguam mereka.- AGENSI










