WASHINTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa Cuba boleh menjadi sasaran seterusnya selepas Iran, ketika beliau memuji kejayaan operasi ketenteraan Washington di Venezuela serta Teheran.
Dalam ucapan pada forum Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Miami, Trump berkata, beliau membina pasukan tentera yang hebat dan perlu digunakan.
“Saya membina tentera yang hebat ini. Dan Cuba seterusnya. Berpura-puralah saya tidak mengatakannya. Tolong anggap saya tidak mengatakannya, media sila abaikan kenyataan itu,” kata Trump.
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai rancangan tindakan terhadap Cuba.- ANADOLU











