PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini. Menurut Facebook Sultan Ibrahim, cek zakat diserahkan oleh Seri Paduka kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Mohd. Radzi Mohd. Amin di Istana Pelangi. Penyerahan itu turut disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali. – UTUSAN










