15 cedera akibat serangan peluru berpandu Iran ke selatan Israel

15 cedera akibat serangan peluru berpandu Iran ke selatan Israel

iran
Kepulan asap jelas kelihatan ekoran serangan peluru berpandu Iran yang mengenai kawasan perumahan di bandar Be'er Sheva di selatan Israel pada hari Isnin. - Media Sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Peluru berpandu Iran berjaya melepasi sistem pertahanan Israel dan mengenai kawasan perumahan di bandar Be’er Sheva di selatan negara itu hari Isnin dan mencederakan sekurang-kurangnya 15 orang.

Menurut pihak berkuasa Israel. serangan itu menyebabkan siren di aktifkan termasuk Israel tengah dan selatan serta Tebing Barat yang diduduki.

Amaran itu telah menghantar berjuta-juta penduduk ke tempat perlindungan pada tengah hari.

Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan peluru berpandu itu mengenai Be’er Sheva, menyebabkan kepulan asap hitam menjulang ke langit.

Perkhidmatan penyelamat Magen David Adom Israel melaporkan bahawa seorang mengalami kecederaan sederhana, manakala sekurang-kurangnya 14 yang lain dirawat untuk kecederaan ringan susulan hentaman itu.

Insiden itu berlaku ketika Israel dan Iran terus berbalas tembakan, dengan tentera Israel mengekalkan operasi bersama yang berterusan dengan Amerika Syarikat terhadap sasaran Iran serta terlibat semula dalam pertempuran rentas sempadan dengan Hizbullah Lubnan. – XINHUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN