KEPALA BATAS: Seorang suri rumah bersyukur menerima bantuan untuk mendapatkan barang keperluan harian selepas berdepan musibah tiga hari lalu apabila rumah yang didiaminya di Kampung Penaga di sini musnah dalam satu kebakaran. Naimah Hamidi, 28, berkata, ketika kejadian, mujurlah dia, suami serta anak tunggal mereka yang berusia dua tahun tidak berada di dalam rumah tersebut kerana berada di rumah ibu mentuanya di Taman Penaga di sini. Wanita itu berkata, walaupun…










