KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem Kumpulan Berkaitan Diagnosis atau Diagnosis Related Group (DRG) dijangka mewujudkan mekanisme bayaran rawatan yang lebih telus dan adil apabila Kementerian Kesihatan (KKM) kini berada pada peringkat pengumpulan data bagi membangunkan sistem berasaskan keperluan klinikal itu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, DRG merupakan sistem klasifikasi dan penyeragaman kes perubatan yang mengambil kira tiga komponen utama, iaitu diagnosis, prosedur rawatan serta tahap keterukan penyakit, bagi…










