Rayo belasah Atletico

Rayo belasah Atletico

PEMAIN Rayo Vallecano meraikan kejayaan mereka ketiga memperoleh gol ketiga menewaskan Atletico Madrid 3-0 dalam aksi liga semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Rayo Vallecano melakar kejutan besar apabila membelasah Atletico Madrid 3-0 dalam aksi La Liga sekali gus meranapkan hasrat skuad kendalian Diego Simeone untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Real Madrid.

Kekalahan memalukan itu menyaksikan Atletico tercicir 15 mata di belakang Real dan kini berada di tangga keempat liga.

Fran Perez membuka tirai jaringan pada minit ke-40 sebelum Oscar Valentin menggandakan kelebihan hasil kesilapan benteng Atletico yang diketuai Clement Lenglet.

Nobel Mendy melengkapkan malam gemilang Rayo dengan gol ketiga pada minit ke-76 sekali gus memastikan tiga mata berharga buat pasukan kendalian Inigo Perez.

Penjaga gol Atletico, Jan Oblak mengakui kecewa dengan kekalahan itu.

“Nampaknya liga sudah semakin jauh daripada kami. Kami tidak boleh kalah dengan cara begini dan tidak boleh memilih perlawanan untuk bermain baik.

“Hari ini (semalam) mereka lebih baik dan kami memang layak kalah,” katanya.

Begitu pun, Simeone mempertahankan anak buahnya dan menegaskan kekalahan itu bukan berpunca daripada kurangnya usaha.

“Saya tidak setuju jika dikatakan pemain tidak berusaha. Kami sudah cuba sedaya upaya, cuma lawan lebih baik. Kini fokus kami terarah kepada perlawanan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Real Betis terus menghambat kelompok empat teratas apabila menewaskan Mallorca 2-1 untuk merapatkan jurang dengan Atletico kepada empat mata.

Valencia pula menundukkan Levante 2-0 dalam aksi derbi untuk melonjak ke tangga ke-14 liga. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN