Rafizi membayangkan pertahan kerusi Pandan bukan calon PKR

Rafizi membayangkan pertahan kerusi Pandan bukan calon PKR

Tarif
MOHD. RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Rafizi Ramli membayangkan kerusi Parlimen Pandan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, namun bukan sebagai ahli PKR.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara terperinci berhubung perkara itu.

“Saya rasa saya tidak akan bertanding sebagai calon PKR. Saya tetap akan bertanding di Pandan, itu sudah saya putuskan.

“Bagaimana cara saya bertanding di Pandan, saya rasa itu rahsia,” katanya memetik laporan akhbar berbahasa Cina.

Katanya, faktor utama yang menghalangnya meninggalkan PKR ketika ini ialah undang-undang anti lompat parti yang boleh menyebabkan beliau hilang kedudukan wakil rakyat jika berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, PKR bukan lagi rumahnya kerana parti itu berubah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Dakwanya, Anwar mahu PKR mengikut kehendaknya tetapi pada masa sama sibuk mendapatkan sokongan daripada UMNO dan GPS untuk memastikan terus kekal berkuasa.

Dalam pada itu, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi turut menolak kemungkinan menubuhkan parti bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin kerana kedua-duanya mempunyai gaya dan matlamat berbeza.

“Kalau letakkan kami dalam bilik yang sama, kami akan bergaduh pasal ke mana nak pergi,” katanya.

Katanya, Khairy merupakan tokoh yang percaya perubahan boleh dibuat melalui kerajaan, manakala dirinya pula yakin boleh memberi impak walaupun sebagai aktivis atau ahli pembangkang.

Rafizi berkata tiada mana-mana parti di negara ini yang boleh menerima ahli politik bebas dan tegas seperti beliau.

Malah secara berseloroh beliau mengatakan bahawa mana-mana parti pun mungkin takut menerima dia dan rakan-rakannya yang lain.

Sebelum ini, Rafizi dilihat semakin berpatah arang daripada PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu tahun lalu.

Beliau kemudiannya menjadi pengkritik tegar terhadap Anwar sebagai Presiden PKR yang juga Perdana Menteri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×