BALIK PULAU: Program Kampung Angkat MADANI yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan kini memberi manfaat langsung kepada penduduk di Kampung Pulau Betong di sini, melalui pelbagai projek pembangunan fizikal dan komuniti. Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif di bawah Belanjawan 2025 itu kini menumpukan kepada peningkatan kualiti hidup rakyat melalui penyediaan kemudahan lebih selesa, selamat dan mesra rakyat, pengukuhan ekonomi setempat serta pembangunan komuniti secara menyeluruh…










