KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tarique Rahman atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Bangladesh yang baharu. Perdana Menteri berkata, ucapan itu dimaklumkan beliau dalam satu panggilan telefon bersama Tarique hari ini. “Berkesempatan berhubung menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Bangladesh yang baharu, Tarique Rahman bagi menyampaikan ucapan tahniah atas mandat besar yang diperoleh dalam Pilihan Raya Parlimen ke-13 baru-baru ini. “Saya turut menzahirkan penghormatan kepada…










