PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting dekat sini yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran, dua minggu lalu. Beliau berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban yang ditanggung selain mendoakan agar kedua-dua keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang amat berat itu. “Sebelum menunaikan solat Jumaat hari ini, saya berkesempatan…










