Neymar bakal bersara hujung tahun 2026

Neymar bakal bersara hujung tahun 2026

NEYMAR - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Piala Dunia 2026 bakal menjadi pentas terakhir buat Neymar apabila bekas kapten Brazil itu memberi bayangan untuk menamatkan kariernya pada hujung tahun ini susulan kecederaan berulang yang menjejaskan prestasinya.

Penyerang berusia 34 tahun itu yang pernah menyarung jersi Barcelona dan Paris Saint-Germain kembali ke kelab lamanya, Santos pada Januari 2025 selepas meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Bagaimanapun, musim pertamanya bersama Santos sekali lagi terganggu akibat kecederaan sebelum dia melanjutkan kontrak sehingga penghujung 2026.

Neymar terpaksa melupakan aksi bersama Brazil pada Januari lalu selepas menjalani pembedahan lutut pada akhir Disember.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini, saya tidak tahu tentang tahun depan.

“Mungkin apabila Disember tiba, saya mahu bersara. Sekarang saya menjalani kehidupan dari tahun ke tahun.

“Sudah tentu saya mahu kembali untuk membantu pasukan saya dengan cara terbaik tetapi saya terpaksa menahan diri sedikit supaya dapat kembali 100 peratus,” katanya.

Neymar merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 79 gol, dua jaringan lebih banyak daripada Pele namun tidak beraksi bersama pasukan kebangsaan sejak Oktober 2023 apabila mengalami kecederaan lutut serius ketika menentang Uruguay. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN